kuantan - tc
October 21st, 2008 by an2rayaKUA & KIZARI
selepas aku dan 3 org kuat ni kua, kizari & faiz(hyfa) makan di bukit sekilau, kami terus ke teluk cempedak, tapi hyfa, pergi berasingan, awek dia call ajak kuar kut,wakakakakaka.
lepak2 kejap, makan kuaci…mentang la nama dia kua, dia duk beli kuaci(thanks)
,wakkaakkaakaka..
ramai sungguh manusia pada malam tu..ada yang memancing, berendek, dan membawa anak2 bersiar2..
sori hyfa tak terdapat di dalam gambar. dan ini adalah gambar 2 model sambilan.wakakaka
Raya!
October 21st, 2008 by an2rayagambar kahwin pertama ku tangkap
October 21st, 2008 by an2raya
Puas!!! aku puas!!……bukan ku impikan, kebetulan semata mata..
orang suruh tangkap, kite tangkap, just utk pengalaman dan pengetahuan..
First wedding & First Album from fazrin2211
more http://www.flickr.com/photos/fazrin/sets/72157607134221632/
letihnye hari ini..
September 9th, 2006 by an2rayahuhuhu, aku keje kul 5.30 petang, sepatutnye aku balik kul 8 pagi, tapi aku lum balik lagi, aku ingat nak gi mancing tadi, tetiba hujan pulak, dahla aku tido 2 jam je tadi..huhu..rumah pulak dah jauh sekarang, ujan pula tu, sejuk nak mampos arr..haha.aduh camna ni, kawan aku ajak pi kenduri kawin dia 17hb ni, aku ingat nak balik kedah 21 hb ni,nampaknye, aku nak kena fikir lagi la, kalau aku balik 21 ni, leh aku buka puasa ngan family kat umah. tapi rindu gak kat kawan aku ni,wawawa……….dah la ngantuk, pening plak tu…ujan plak tu…huhuhu.aku buka fs pun takde perubahan yang berlaku, asyik aku je duk post bulettin, mana kawan2 aku pegi nih, bz betullah budak2 ni sekarang ni….
Perlu ke smart?
June 8th, 2006 by an2rayaalo semua…aku nak tanya korang, perlu ke kita pakai smart2? salah ke kalau kita pakai cam biasa je? apa yang best sangat pakai smart2 ni? sapa suka pakai kemeja kat sini? huhuhu…
pendapat aku la..aku lagi suka pakai cam biasa je..watpe nak smart2 sgt, bukannya pm, pengarah syarikat? apa pendapat korang?
ha satu lagi, semua perempuan suka orang lelaki pakai smart2 ke?atau sebaliknya.
patut ke pilih kawan sebab org tu smart? apa salah org yang pakai biasa2 je? salah ke?
hina sangat ke orang yang tak pandai bergaya?
kalau pakai smart, perangai tak elok, nak tak guna juga…
okla…saje nak dengar pendapat korang.
Pulangkan(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN dan EX-STUDENT
April 23rd, 2006 by an2rayaPulangkan(Lagu Dinyanyikan Oleh Pegawai PTPTN dan EX-STUDENT
(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang
(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
kau milikku
Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)
Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)
(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
akan ku jejakimu kemana jua
ASAL JIN
March 30th, 2006 by an2raya|
ASAL JIN Kuliah Maghrib oleh YB Dato Ust. Hj Ismail Kamus. 1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari |
|
ASAL JIN Rupa Bentuk Jin. Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang Melihat Jin. Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang Kumpulan-kumpulan Jin. Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Jenis-jenis Jin Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau 1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.. Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang-orang Melayu. Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran a. Hantu Raya j. Hantu Pontianak s. Hantu Polong |
RAHSIA KELAHIRAN
March 30th, 2006 by an2rayaRAHSIA KELAHIRAN
> BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH
>
> apakah bulan anda???
>
> JANUARI
>
> * Bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik
> * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
> * Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
> * Suka smart, kemas dan teratur
> * Bersifat sensitif , berfikiran mendalam
> * Pandai mengambil hati org lain
> * Pendiam kecuali telah dirangsang
> * Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
> * Mudah mendisiplinkan diri sendiri
> * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
> * Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
> * Cukup sayang pd kanak-kanak
> * Suka duduk rumah
> * Setia pada segala-galanya
> * Perlu belajar kemahiran sosial
> * Cukup cemburu yg sangat tinggi
>
>
>
> FEBRUARI
>
> * Berfikiran abstrak
> * Sukakan benda yang reality dan abstrak
> * Inteligent, bijak dan genius
> * Berpesonality yg mudah berubah
> * Mudah menawan org lain
> * Agak pendiam
> * Pemalu dan rendah diri
> * Jujur dan setia pd segalanya
> * Keras hati untuk mencapai matlamat
> * Tidak suka dikongkong
> * Mudah memberontak apabila dikongkong
> * Suka kegiatan yg lasak
> * Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
> * Mudah mempamirkan marahnya
> * Tidak suka benda yg remeh-temeh
> * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
> * Sangat berani dan suka memberontak
> * Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
> merealisasikan impiannya
> * Pemerhatian yg tajam
> * Suka hiburan dan sukan
> * Suka benda yg bersifat seni
> * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
> * Berkecenderungan pd benda yg tahyul
> * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
> * Belajar untuk mempamirkan emosi
>
>
>
> MAC
>
> * Berpesonaliti yg menarik dan menawan
> * Mudah didampingi
> * Sgt pemalu dan pemendam rasa
> * Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
> * Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
> * Suka pada kedamaian
> * Sgt peka kepada orang lain
> * Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
> * Tidak cepat marah dan sangat amanah
> * Tahu balas budi dan tahu kenang budi
> * Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
> * Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
> * Suka berangan-angan
> * Suka melancong
> * Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
> * Kelam kabut dalam memilih pasangan
> * Suka dgn hiasan rumahtangga
> * Punya bakat seni dalalm bidang muzik
> * Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
> * Jgn terlalu moody
>
>
>
> APRIL
>
> * Sgt aktif dan dinamik
> * Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
> * Sgt menarik dan pandai manjakan diri
> * Punya daya mental yg sangat kuat
> * Suka diberi perhatian
> * Sgt diplomatik (pandai memujuk ).
> * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
> * Sgt berani dan tiada perasaan takut
> * Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
> * Emosi cepat terusik
> * Try control the emotion
> * Kecenderungan bersifat dendam
> * Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
> * Kuat daya ingatan
> * Gerak hati yg sangat kuat
> * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
> * Berpenyakit disekitar kepala dan dada
> * Sgt cemburu dan terlalu cemburu
>
>
>
> MEI
>
> * Kekerasan hati & degil
> * Kuat semangat & bermotivasi tinggi
> * Pemikiran yg tajam
> * Mudah marah apabila tidak dikawal
> * Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
> * Perasaan yg amat mendalam
> * Cantik dr segi mental & fizikal
> * Tidak perlu dimotivasikan
> * Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
> * Mudah dipujuk
> * Bersikap sistematik (otak kiri)
> * Suka berangan
> * Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
> diberitahu
> * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
> * Daya khayalan yg tinggi
> * Permikiran yg tajam
> * Pandai berdebat
> * Fizikal yg baik
> * Kelemahan sistem pernafasan
> * Suka sastera,seni & muzik serta melancong
> * Tidak berapa suka duduk dirumah
> * Tidak boleh duduk diam
> * Tidak punya ramai anak
> * Rajin dan bersemangat tinggi
> * Agak boros
>
>
>
>
>
>
>
>
> JUN
>
> * Berfikiran jauh & berwawasan
> * Mudah ditawan krn sikap baik
> * Berperangai yg lemah lembut
> * Mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
> * Idea yg terlalu banyak dikepala
> * Bersikap sensitif
> * Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
> * Sukar melakukan sesuatu dgn segera
> * Bersikap suka menangguh-nangguh
> * Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
> * Cepat marah & cepat sejuk
> * Suka bercakap & berdebat
> * Suka buat lawak & bergurau
> * Otaknya cerdas berangan-angan
> * Mudah berkawan & pandai berkawan
> * Org yg sangat tertib
> * Pandai mempamerkan sikap
> * Mudah kecil hati
> * Mudah kena selsema
> * Suka berkemas
> * Cepat rasa bosan
> * Sikap terlalu memilih & cerewet
> * Kurang mempamerkan perasaan
> * Lambat nak sembuh apabila terluka hati
> * Suka kepada barang yang berjenama
> * Mudah menjadi eksekutif
> * Kedegilan yg tidak terkawal
> * Sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
> adalah kawan saya.
>
>
>
> JULAI
>
> * Sangat seronok didamping
> * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
> * Agak pendiam kecuali dirangsang
> * Ada harga dan maruah diri
> * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
> * Mudah dipujuk dan bercakap lurus
> * Sangat menjaga hati orang lain
> * Sangat peramah
> * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
> * Berjiwa sentimental
> * Jarang berdendam
> * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
> * Tidak suka benda remeh-temeh
> * Membimbing cara fizikal dan mental
> * Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
> * Layanan yg serupa dgn semua orang
> * Tinggi daya simpati
> * Pemerhatian yg tajam
> * Suka menilai org lain dgn pemerhatian
> * Mudah dan rajin belajar
> * Suka muhasabah diri
> * Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
> * Suka mendiamkan diri
> * Suka duduk dirumah
> * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
> * Tak agresif kecuali terpaksa
> * Lemah dari segi kesihatan perut
> * Mudah gemuk kawal tak kawal diet
> * Minta disayangi
> * Mudah terluka hati tapi lambat pulih
> * Terlalu mengambil berat
> * Rajin dalam membuat kerja
>
>
>
> OGOS
>
> * Suka berlawak
> * Mudah tertawan kepadanya
> * Sopan santun dan caring terhadap org lain
> * Berani dan tidak tahu takut
> * Orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
> * Pandai pujuk org lain
> * Terlalu pemurah & bersikap ego
> * Nilai harga diri yg sangat tinggi
> * Dahagakan pujian
> * Semangat juang yg luar biasa
> * Cepat marah & mudah mengamuk
> * Mudah marah apabila cakapnya dilawan
> * Sangat cemburu
> * Daya pemerhatian yg tajam & teliti
> * Cepat berfikir
> * Fikiran yg berdikari
> * Suka memimpin & dipimpin
> * Sifat suka berangan
> * Berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
> * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
> * Cepat apabila ditimpa penyakit
> * Belajar utk relax
> * Sikap kelam kabut
> * Romantik ,pengasih,penyayang
> * Suka mencari kawan
>
>
>
> SEPTEMBER
>
> * Sangat bersopan santun & bertolak ansur
> * Sangat cermat, teliti & teratur
> * Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
> * Pendiam tapi pandai bercakap
> * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
> * Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
> * Kerja yg dilakukan sangat sempurna
> * Sangat sensitif yg tidak diketahui
> * Org yg banyak berfikir
> * Daya pentaakulan yg baik
> * Otak bijak & mudah belajar
> * Suka mencari maklumat
> * Kawal diri dari terlalu mengkritik
> * Pandai mendorong diri sendiri
> * Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan
> rahsia
> * Suka sukan,hiburan & melancong
> * Kurang menunjukkan perasaannya
> * Terluka hatinya sangat lama disimpan
> * Terlalu memilih pasangan
> * Sukakan benda yg luas
> * Bersistematik
>
>
>
> OKTOBER
>
> * Suka sembang
> * Suka org yg sayang padanya
> * Suka ambil jln tengah
> * Sangat menawan & sopan santun
> * Kecantikan luar & dalam
> * Tidak pandai berbohong & berpura-pura
> * Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
> * Sentiasa berkawan
> * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
> * Cepat marah
> * Macam pentingkan diri sendiri
> * Tidak menolong org kecuali diminta
> * Suka melihat dari perspektifnya sendiri
> * Tidak suka terima pandangan org lain
> * Emosi yg mudah terusik
> * Suka berangan & pandai bercakap
> * Emosi yg kelam kabut
> * Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
> * Suka melancong, bidang sastera & seni
> * Pengasih, penyayang & lemah lembut
> * Romantik dlm percintaan
> * Mudah terusik hati & cemburu
> * Ambil berat tentang org lain
> * Suka kegiatan luar
> * Org yg adil
> * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
> * Mudah patah semangat
>
>
>
> NOVEMBER
>
> * Banyak idea dalam perkara
> * Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
> * Berfikiran kehadapan
> * Berfikiran unik dan bijak
> * Penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
> * Pemikiran yg tajam
> * Daya firasat yg sgt halus dan tinggi
> * Bagus utk jadi doktor
> * Cermat dan teliti
> * Personality dinamik
> * Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
> * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
> * Berani, pemurah setia dan byk kesabaran
> * Terlalu degil dan keras hati
> * Apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
> * Tak suka marah kecuali digugat
> * Mudah ambil berat terhadap orang lain
> * Pandai muhasabah diri
> * Cara berfikir lain dari org lain
> * Otak yg sangat tajam
> * Pandai mendorong diri sendiri
> * Tidak hargai pujian
> * Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak
> sesuatu
> * Cuba sampai berjaya
> * Badan yg tough
> * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantik
> * Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
> * Suka duduk dirumah
> * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
> * Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
> * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
> * Bercita-cita tinggi
> * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
>
>
>
> DISEMBER
>
> * Sangat setia dan pemurah
> * Bersifat patriotik
> * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
> * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
> * Bercita-cita tinggi
> * Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
> * Seronok didampingi
> * Suka bercampur dgn org
> * Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
> * Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
> * Tidak pandai berpura-pura
> * Cepat marah
> * Perangai yg berubah-ubah
> * Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
> * Benci pada kongkongan
> * Suka berlawak
> * Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
Perempuan memang tak guna..
March 30th, 2006 by an2raya1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi
itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah
yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi
tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @
jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu
bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada
kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan
syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga
menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.
Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan
untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang
sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat
maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah
dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki
sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan
gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)
dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini
"?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang
yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" ‘Tunduk’
di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan
kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"
adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya
seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita
melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat
ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya
adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin
keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga
tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga
cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak
bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa
tidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan
cara yang terbaik

